Subscribe:

Ads 468x60px

lAWAk@sANtAi


sedih...sedih sesangat..!!
Suatu petang disebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang takberkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadituh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.


"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.


Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaankecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".


"Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!! !!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....








burung dan penduduk kg

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..
Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?

"Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

"bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?

"Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung

"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya

"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari....








koboi dan ular
Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.













Aiyaaa...Nyonya!!!
Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang
ke KL untuk
kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel
mewah dan
seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan
Nyonya Mei Lee.
Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah
pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke
sekeliling.
Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau
duduk
hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi,
tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????,
haiyyaaa.. mau
tipu olang ka??!!" Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya,
ini baru
lift, maaa...."











bushatan!!!
Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta
mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar k
emana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri...
tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.
Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri
kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya
dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"










mitsubishi vs kancil???
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'








aliabu
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Ali dan Abu pon lari dengan kencangnya.........







si budax!!!
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pasti dikejutkan!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian… bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata."Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah Kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!" haha! kesian sume..








sembahyang
pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..








Budak kecil, lelaki tua dan cokelat
Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN







Cucu & Atok
"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"







feddy
Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"








buat donat
cerita berkisar di sebuah kem askar dimana seorang jeneral terhendap-hendap umpama nak skodeng anak dara mandi untuk menyiasat staff perempuannya yang dilaporkan menghasilkan karipap dengan cara yg agak menjijikkan. setelah di intip, memang benar didapati staffnya itu membuat karipap dengan menggunakan set gigi palsunya sebagai acuan karipap. Lalu dgn tak semena-menanya disergah staff nya itu.jeneral : jenab, dah lama saya terima laporan ttg awak buat karipap ni. memang sah awak seorang pengotor....jenab : tuan baru tengok saya buat karipap..tuan belum tengok suami saya buat donat..( sambil menunding donat di atas meja yang berlubang di tengah ) ....agak-agak macamana suami dia buat donat,ye... moral : jangan makan donat yang berlubang besar...









joni
suatu masa dulu di texas, hidup seorang mamat yang bername joni yang keghairahannye memakan kacang dalam tin.tetapi problemnye, joni selalu menghadapi masalah yang memalukan selepas memakan kacang dalam tin.perut memulas,sendawa adalah antara sintom yang selalu dialaminya selepas memakan makanan ini. suatu hari joni telah bertemu perempuan idaman kalbunya lili dan merancang untuk berkahwin.tapi di dalam hatinya telah berfikir bahawa dia harus berhenti daripada memakan makanan kegemarannya untuk mengelakkan keaiban diri. jadi nekadlah joni untuk berhenti daripada memakan kacang dalam tin. selang berape hari tibalah besdey joni.lili mahu membuat parti supris untuk joni lalu menghantarnye ke pekan untuk membeli susu lembu.semasa dalam perjalanan pulang, kereta joni telah rosak dan dia pun menelepon lili untuk memberitahu tentang keadaannya. wah apa lagi suka le lili pasal ade banyak masa untuk prepare parti supris tu. so, berjalan lah joni sejauh 11 batu untuk balik ke rumahnye...tibe2 setelah setengah jalan joni terbau aroma kacang dalam tin datang daripada sebuah kafe di bahu jalan. ape lagi berfikirlah joni bahawa apa salah nye berenti sekejap untuk makan semangkuk due lagi pun masih jauh lagi nak menapak. masuk la joni dalam kafe dan tanpa berlengah telah mengoder 3 mangkuk kacang. puasla hatinye maka menapak la lagi joni selepas membedal 3 mangkuk kacang dan setelah sekian masa sampaila joni di rumah. lili telah pun menunggu joni di pintu untuk menyambutnya dengan suka ati sekali.lalu menyuruh joni menutup mata dengan secebis kain kerana adea supris untknya. dibawanya joni ke dapur ..tiba-tiba telepon di ruang tamu telah berdering dan lalu lili meninggalkan joni sendirian dan sempat memesan joni agar tidak membuka pembalut mata sebelum dia kembali.maka ikut la joni dengan kata-kata lili. tiba-tiba perutnya memulas dan terasa hendak kentut.lalu tanpa berlengah-lengah joni pun melepaskan kentut yang amat busuk sambil mengangkat sebelah kakinya. tak cukup dengan itu datang pula kentut no.2 dengan bau seperti bangkai lembu. lalu joni tanpa lengah-lengah mencabut bajunya dan mengibas-ngibas kan bajunya untuk mengudarakan oksigen dalam dapur itu.tak lama selepas itu kembalilah lili dari ruang tamu dan membuka pembalut mata joni..sambil berkata suprise!!!!dan itu di depan joni terduduk 12 orang tetamu sambil menutup hidung! alahai kesian joni.









Buku Tidak Bermutu
Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.“Kenapa pula Cik?”“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”








LAWAK BOLA SEPAK 
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)? Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima. Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah... Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang
pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan
membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.
Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit. Persoalan terjawab !!! Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 @ 4 @ 6 minit...itu adalah "bola referee"! + LINES MAN








PANDAI ANAK AKU
. Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]
Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis






SHAMPOO, SABUN DAN UBAT GIGI BABA
SHAMPOO, SABUN DAN UBAT GIGI BABA Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya
kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk
yang dipakai pelajar tersebut.
Salesman: "Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"
Pelajar: "Sabun Baba."
Salesman: "Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"
Pelajar:” Deodorant Baba"
Salesman: "Minyak wangi?"
Pelajar: "Minyak Wangi Baba."
Salesman: "Shampoo?"
Pelajar: "Shampoo Baba."
Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat." Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya."









Mengapa Perlu Kahwin??

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",
jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang."
Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?"
Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!"
Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan........








Anjing Pintar
Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.
Perempuan 1: “Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”
Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”
Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”
Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”
hebat lagi anjing perempuan 2..hahaha






kisah budak
Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”





Hilang Duit
Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.Guru : "Kenapa menangis?"Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."Guru : "??!!!"







aku
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.

Aku yang ‘konon’nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.






i am sorry
Satu hari nak jadi cerita Raja England nak buat satu pertandingan memanah. Dipanggilnya seluruh pemanah profesional, amatur hatta budak baru nak kenal busur dan anak panah juga dijemput hadir. Semua peserta-paserta ini datang daripada seantero jagat alam (seluruh dunia le tu).


Peserta pertama dari England tampil ke hadapan, die memberitahu juri hakim yang die tak suke gune papan panah yang ade bull eyes tu. Dia nak yang lebih trill. Die suruh hakim tu berdiri kat pokok. Die letak satu biji epal dan dari jarak 10 meter die shoot anak panah die. ZAPP ! kene epal tu, dengan bangganye die mengadap ke arah Raja England dan berkata ‘I am Robin Hood’.

Peserta kedua dari Amerika, die pon tak mau kalah, die amek buah tomato, die letak atas paler hakim tu and dari jarak 20 meter die shoot. ZAPP !!! kene buah tomato tersebut. Dengan penuh lagaknye die berpaling ke arah raja dan berkata ‘I am Rambo’.

Peserta ketiga dari Malaysia, die pon nak jugak trill cam gitu. Di ameknye buah langsat. Dari jarak 50 meter die shoot. ZAP !!! kene dahi hakim tersebut. Dengan terketar ketar die pusing dan mengadap raja sambil berkata ‘I am sorry’…









kisah spsang org asli
Sepasang suami isteri berketurunan orang asli telah tinggal di dalam hutan sejak mereka kecil lagi dan tidak pernah melihat dunia luar kerana tidak pernah keluar dari hutan tersebut. Si suami kerjanya pergi memburu atau pun memetik buah-buahan untuk dijadikan makanan harian manakala isterinya pula hanya tinggal dirumah bersama ibunya.

Pada suatu hari ketika suaminya sedang memburu seekor babi hutan, dia terjumpa satu benda yang tidak pernah dia lihat iaitu cermin. Dia berasa begitu hairan dan pelik lalu dia membawa cermin tersebut ke rumahnya dan menyimpannya di bilik belakang tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum dia keluar berburu, dia akan masuk ke bilik belakang untuk melihat dahulu cermin tersebut. Si isteri berasa pelik dan hairan dengan tabiat pelik suaminya itu. Lalu si isteri pun masuk ke bilik tersebut untuk menyiasat apa yang ada di dalam bilik tersebut kerana risau jika suaminya itu mempunyai perempuan simpanan tanpa pengetahuannya. Tiba-tiba si isteri terkejut apabila melihat cermin tersebut kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat cermin.

Oleh kerana dia tidak tahu apa itu cermin, dia terkejut kerana menyangka bahawa perempuan yang ada di dalam cermin tersebut adalah perempuan simpanan suaminya. Lalu dia pun memberitahu kepada ibunya sambil menangis teresak-esak.

Ibunya berasa sangat marah dengan perbuatan menantunya itu dan terus masuk ke bilik tersebut untuk melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu. Selang lima minit si ibu keluar sambil ketawa berbahak-bahak seolah-olah ada seuatu perkara yang lawak, kelakar dan lucu telah berlaku. Lalu berkata..

“Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain cari la perempuan yang elok sikit..cantik sikit… Ini tak..aku tengok perempuan kat bilik tu..dah la tua..kulit dah berkedut..hodoh pulak tu……”









selepas kahwin
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..









si menantu
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi







berita baikkk
“Tahun ini ada berita baik, Ayah!” ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.
“Berita baik apa?” tanya ayahnya.
“Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti.” jawab si anak.
“Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?” tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.
“Bukan Ayah! Saya … tidak lulus!!” jawab anaknya dengan selamba.






di dewan bedah
Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…” lagi laa takut pesakit nie..haa







kisah couple d'bulan puasa
adalah kisah spasang suami isteri yg baru jew kahwin 2bulan lpas....pda malam bulan pose, si suami terasa ssuatu pda isterinya... Si suami pun saje merajuk kat si isteri ngan tak mau becakap dengan isterinya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: “Sahur nanti bangunkan abang” dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.
Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: “Bang, bangun bang, makan sahur.”....=)





suami kedekut pahit....
Sepasang suami isteri, dah lama kahwin. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami

"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh. .mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. "Baiklah, kalau bayarannya kurang dr RM30, kita naiklah" kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama
juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" "Aku cuma nak bayar bawah RM30 jer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"

"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. Dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia
tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.

Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. "Ehh? mana isteri encik?" tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap" "Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu.











suami xtahan...haha
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"







dialog 2 ekor hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.










hahahahaha
Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah bar...

"Hai, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang laki-laki mudamenghampirinya.

"Apa? Ke hotel?", teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah paham. Saya hanya mahu belanja minum..."

"Kau meminta aku menemanimu ke hotel?" teriak si gadis lebih keras.Merasa ditolak, dengan perasaan malu, laki2-laki muda itu beredar dan duduk disudut ruangan.

Semua orang di bar memandang laki-laki itu dengan sinis dan mencebir.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si laki-laki muda itu."Maafkan saya. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorangmahasiswa psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia ketikamenghadapi situasi yang tidak dikehendakinya."

S ilaki-laki menatap perempuan itu dengan dingin. Kemudian berteriak dengan amat kuatnya, "Berapa? Dua ratus ringgit??!!!?








isi borang kerja
Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??









malas...
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”









lawak doktor.
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."








perbualan suami dan isteri.
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…









anak dengar kata.
Pada suatu hari yang tak berapa nak indah, Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.
Mak Esah : Ali, ngko tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai depan nu.
Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjengok ke ruang tamu.
Mak Esah : Laa….. dah lama ke engko balik? Manenye tepung yang mak mintak ngko beli.
Ali : Dah lama saya balik, mak je yang tak perasaan. Tepung tu ada kat tangga nu…… pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.
Mak Esah : ?! Nape la bengap sangat anak aku ni ?!









KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)







NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”






LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!







Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .









Harta Pusaka Nenek
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"








Rizal yang Insaf
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".









Hadiah Cincin Berlian
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."









Kisah Mat Rempit
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!









Jam Budak Punk
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.








Penjimatan Kos

Seorang Boss membuat mesyuarat tergempar dengan pekerja-pekerjanya:

Boss : Oleh kerana masalah kegawatan ekonomi, saya memanggil anda semua untuk membincangkan bagaimana untuk mengurangkan kos syarikat ini.Ada sebarang idea?

Ajoi : (sambil angkat tangan dengan pantas) Potong gaji boss!









bagaimana nak kenal hantu kak limah..
* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia sedang baca blog ini.






kisah pesakit ngan doktor
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya
adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika
ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang
kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi
manusia.

Doktor : “??$$??”








dirumah sakit jiwa
Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
“Saya sudah tidak tahan lagi, doktor”
“Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah.
“Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing”
“Oh ya? Adakah dia menyalak?”
“Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya









Gelagat Boss ngan Seketeri di early
Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat
50an dan
bekerja sebagai CEW disebuah sykt yg
besar di
KL… Pada suatu early morning tu.. Boss
ini
memanggil la dia punya seketeri masuk
ke
opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun
masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya
client..

Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas
nak tulis..
cakap punya cakap.. Boss ni pun
bangun.. dan
berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil
tangan
masuk dlm poket seluar.. 10 minit
kemudia acara
mengarang ayat pun habis.. si seketeri
pun mula
bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya
nak
datang ke opis..saya nampak pintu
garage boss
terbuka..

Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke..
tak per,
nanti saya call rumah..terima kasih..

Si seketeri pun blah balik ke meja
dia..dan si Boss
pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang tolong tengokkan garage
rumah
kita..pintu dia terbuka la..

Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..
mana ada
terbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok
sekejap.

Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la
bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka
macam
mana org boleh nampak??

Bini: Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa
Boss ni
tengah relek-relek..baru dia perasan yang
zip
seluar dia terbuka..(dah memang
perangai dia tak
suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss ni
memikirkan
macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak
garage I
terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?

Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada
MINI
COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!

~~~~~

wear your underwear!!!









Lelaki yang sengau…
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!)








TELEFON..
Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”

Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”

Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!








politik????
Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri
bekerja.

Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan
seorang
perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh
seorang
pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung
yang
berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?”.

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik
itu
macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah
adalah
kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi
mama
adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja.
Kamu
adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si
ibu
mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa
yang
ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya
berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan
hampir
terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung
tengah-tengah
malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak
memberitahu
bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana
pampersnya
sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali
dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah
ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke
bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si
ayah
sedang ‘membelasah’ si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak
terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu
politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan
ibu
terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, “jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang
menjawab. “sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis
menodai
golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan
bergelumang
najis! Itulah politik”.

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam
celik.








kisah cikgu ngan anak muridnya..
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu:Mengapa selamat pagi saja?
Petang dan malam, awak doakan saya tak
selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam,
cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat
oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini
meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. kamu kena jawab cepat.
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh
sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya lalu kluar kelas)







makcik selamberrr..
Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang.. jadi bas tu pun berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.. Sorang perompak berkata.. ” Keluarkan semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!”

Sorang pekerja kilang tu membalas.. “..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keje..duit pun sikit je..”

Perompak berfikir seketika.. “Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa..”

Pekerja kilang yang muda berkata.. ” Alalaa… takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..”

Tetiba..makcik tu berdiri..

” Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.. ! “








Budak sekolah..
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah “Shut up you !!”. Sampai rumah dia tanya bapa dia, “’shut up you’ tu bahasa Inggeris ke?” Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, “’superman’ tu bahasa inggeris jugak ke” dan bapa dia kata “yes”. Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata “Ladies first”. Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. “aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: “OK boy, did you get the words?”
Budak: “Yes, teacher”.
Cikgu: “Good, what is your first word?”
Budak:”Shut up you!!”
Cikgu: “What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: “Superman !!!”
Cikgu: “Bloody fool! Get out from this class!”
Budak: “Ladies First!!”
Thank you







Hotel 5 bintang..
Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan
kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk
menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan
keesokan paginya.
Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup
bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan
paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan
bayaran RM 200.00
“Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira
ke?” tanya si suami terkejut.
Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah
harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan
penuh perhatian, pengurus berkata, “Hotel ABCD ini
dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa,
ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa.”
“Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan
tersebut,” kata si suami berkeras.
“Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan,” kata
si pengurus tak mau kalah.
Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang
RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.
“Ini baru RM 50.00?” tanya pengurus.
“Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya
relakan Encik tidur dengan isteri saya”
“Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…”
“Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman,
kenapa tidak dimanfaatkan…”








makcik kencing..
Ada sorang makcik ni berumur 40an. Dia naik bas ekspres dari
kl ke perlis. Tgh perjalanan dia nak berhajat kecil.
‘Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak
kencing. adohh… malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti’ kata
mak cik ni.

Makcik ni duduk belakang sekali. Pas tuh pulak org tak ramai
maklumlah … hari isnin, org keje. Makcik ni pon balik sbb emergency.

‘Macam mana nak buat ni’ mak cik dapat idea. Kat tingkap bas kan
ade tingkap kecik. pas tuh bas tuh berlangsir.
‘Alahh kencing je lah ikut tingkap ni’ hajatnya lepas dgn jayanya…

Pas tuh air tuh terpercik sikit2 kat sorang mat motor ni. Mamat ni
pun angin lah. ‘KURANG HAJAR!!! @^#^$#@^!!!!’

Mamat ni pon beri arahan berenti kat drebar bas. then mamat ni
pon naik dlm bas dan menjerit. ‘Sapa yg @^#^$#@^!!!! ludah kat luar
tadi hahhh!!!! baik korang mengaku!!!’

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. dia pon berdiri.

‘Makcik ni apahal bgn!! duduk!!!’ jerit laki ni. ‘Cepat!! ngakulah!!!’
kata laki ni.

Makcik ni bgn lagi dia kata ‘Sebenarnya nak…’ lepas tu terus
dipotong percakapan makcik tuh ‘

‘Makcik diam!’ kata laki tu ‘Saya tau org yg ludah tuh lelaki sbb
saya nampak mulut ngan misai dia’ jerit laki ni.

Then takde sorang pun ngaku. Laki ni check tiap lelaki kat bas
tuh. ‘Pelik!?!? tak de yg bermisai??’.  Dia pun turun dari bas dgn
perasaan hairan+marah dan terus blah!!!!!









terkurung...
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"








surat putuhh cintee..
Tijah ingin break ngan boiprennya,
omputeh melalui surat:
Hi!,
my motive write this letter to give know
you something…..
i want to cut connection us,
i saw you play wood
three in front of my eyes.
so i pull my body from
this love.!
you are really crocodile land!!
i dont want you to play2 with my liver.
i have been crying until no more eye water…
i dont want banana to fruit two times….SAFE WALK!

Broken liver,
Tijah….








Anak murid dengan arak..
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang
guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2. Lihat bagaimana saya akan Memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2.. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti
dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati.

Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. “Baik! lah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
“UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…
MINUMLAH ARAK…”







org kampung ke MCD
Suatu hari seorang orang kampung yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc’Donalds.Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper…maklumlah orang kampung.. sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya… Ahmad namanya… orang kampung itu pun merancang untuk mengorder seperti apa yang Ahmad minta …

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Orang kampung : Bagi Big Mac satu…
Ahmad : Air … Bagi air coke yer…
Orang kampung : Air … Bagi air coke yer…

(Ahmad pon menjeling pada orang kampung tersebut .. namun orang kampung tersebut buat tak tahu ajer)

Ahmad : ooo yer cik .. bagi ash-tray satu yer… (masa tu kat Mc donalds buleh merokok lagi)
Orang kampung : ooo yer cik .. bagi ash-tray satu yer…

(Ahmad mula meradang lalu memarahi orang kampung tersebut)

Ahmad : hoi !!! yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah ??!! takder otak ker ??!!!!

(Nak tau aper orang kampung tu jawab? Lebih kurang begini aa~)

Orang kampung: Aper ?! kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray??!!









Kisah 3 ekor kekura..
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan Kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka…

Kekura I : ermmm….. salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III

Kekura III : Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Nanti sure nkorang bedal makanan ni semua.

Kekura II : Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang.

Kekura III : Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : Kalau 3 jam ??

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : Kalau 1 hari ??

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 5 hari????

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 1 minggu?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 2 minggu?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu!!!!!!! nko pegi jek lah!!!!!!!!

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu, Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar…

Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah

Kekura II : Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni

Tiba-tiba Kekura III muncul dari blakang semak…

Kekura III : Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi… kalau tak sure nkorang abiskan makanan ni kan kan????!!!!!!!!








Jangan mintak cerai dlm kete
Suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...

si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita

sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??

suami :sebelum sy menlanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..








Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.






Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.





Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".






Amerika Vs Jepun Vs Indonesia
Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi... .bip... bip... .bip... . Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set... ." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga. panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp... "

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni... ?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya... "kertas apa yang terjuntai kat
celah tu... ?"

Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer... ."Oh saya baru terima Fax.






peguam bodoh
Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"







Suatu hari
Suatu hari, org Arab dtg ke stesen mnyk,tapi mnyk distu dah habis.
Ahmad ;Encik,minyak dah habis.
Org Arab ;(tercengang)
lalu Ahmad pun jmp dgn karim dan minta bantuan.
Ahmad ;kau tlg bg tahu mnyk dah habis.
Karim ;Aku mana tahu ckp Arab.
Ahmad ;Kau hentam sajalah.
Karin ;okeyy.
Kemudian Karim pergi jmp Org Arab itu.
Karim ;Fuel Soddaqallahullazim.
Lalu org Arab itu terus berlalu pergi smbl tersenyum.








cepedakk
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'







salmah
Salmah seorg janda yang mempunyai ank perempuan tunggal bersusia 6 tahun, sejak kematian suaminya,kehidupanya tidak terurus, makan minum pakai tidak menentu sehingga anak ppuannya tidak berbaju adakalanya.

Sedang seronok anaknya bermain pasir ,(mcm biasa x pakai pape). Kebetulan, lalu Usop seorg duda kaya dikampung itu, kerana terkejut melihat anak salmah..

Usop: oi budak mana baju??ei.. malu…mak mana? Nah2.. RM 20. Soh mak beli baju tau!!

Anak salmah pulang dan mencrita segalanya sambil mghulur wang RM 20, salmah sgguh terkejut dan seronok..(xpasal2 dapat RM 20)..

Salmah: hurmm kalo aku xpakai pape, mesti dapat RM200..hehe(suke)..

Waktu yg dituggu, salmah menuggu usop lalu,dirinya sudah pun tidak berseurat benang pun dgn harapan usop akan memberinya wang yg banyak..5 minit pastu usop pun lalu..

Usop: fuyo!! Mana baju kamu? Nampak #%$% kamu tu..ow x sanggup aku,..dirimu begitu x terurus..dgn nada sedih + geram melihat salmah yg xpkai pape tu.. lalu usop,, nah! RM 0.20..

Salmah: eh 20 sen je??

Usop: cukuplah ,beli pisau cukur!!








penjual ubat
Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

0 comments:

Post a Comment